23 September 2010

8P Tip Kebahagian Rumahtangga

My family(ayah kerja plak hari 1st raya)..semua balik ke kampung..Raya 2010..

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Edisi Hari Raya Pertama Bertiga :-)

Setelah lama berpuasa selama 30 hari di bulan ramadan..Tiba nya Syawal Yang dinanti..kali ini berlainan sebelum raya tahun-tahun yang sudah..Bukan hanya baju raya yang warna nya agak jambu,hehehehe tetapi ahli telah bertambah seorang lagi dan masih di peringkat Junior..hehehehe..

Rasanya gembira bila melihat si kecil berbaju melayu..so cute..Dengan Baju melayu johor nya dan kasut yang agak comel..

Bila pergi beraya rumah kawan lama,semua tak percaya yang sudah mempunyai anak..habis anak aku di dokong kesana sini..Puas bawa dia berjalan..Hampir Satu melaka ditawaf..hahahaha..

23 July 2010

My Photographer Job

Majlis APC ICU JPM 2010
My 1st job in photographer..Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang ICU JPM 2010..1st time ambil gambar untuk majlis begini..very adventure for me..Tapi ok la dapat tambah ilmu di dada..

12 February 2010

Lahirnya Firas Daniel Haicarl

Hospital Universiti ; Penat serta mengantok nya dibalas setelah melihat si kecil ini bila berada di wad hospital universiti,petaling jaya kuala lumpur..

Tanggal 12.2.2010,Jumaat merupakan hari sejarah dan hari pertama bagi aku apabila menjadi seorang bapa..Perut yang dikendong kesana sini akhir nya selamat dilahirkan pada Jam 5.02 pagi di Universiti Hospital P.J..Dinamakan Firas Daniel Haicarl..Betapa sebak nya hati bila melihat si kecil di dukung adalah anak aku..Yaallah..Alhamdulillah dengan pemberian mu Yaallah..Serta rasa Syukur ku ke hadrat mu kerana tiada sebarang tukar ganti nyawa..

Hari berikutnya aku dah kena marah dengan nurse..sebab pew tahu tak??sebab aku dukung anak aku sendiri.."letak balik anak tu!nanti susahkan isteri lak"..adoiii...spoil btl la nurse ni..Bini aku dok sengeh2 macam kerang busuk..kena gelak lagi lak tu..adoii..hahahha..Esok nya dah boleh keluar wad..Nasib masa dalam wad tak ada tanda2 sakit kuning..kalau tak memang dah kena stay wad lagi la..Cuti lak tu 14&15..Balik melaka la kampung aku..

Dalam perjalanan kat highway naik mengantok mata aku bila bawak kereta 60km/h sambil pasang double signal..adui...nasib baik baru lepas bersalin lau tak memang aku dah speed..hehehehe..